Monday, October 18, 2010


aku MENYAMPAH dan aku GERAM

korang PAHAM ? tak paham, duduk DIAM2 !



p/s : blog ni dah lama tak update.

Thursday, August 5, 2010

..Apa Itu Blog dan Mengapa nk belagak sgt ??..

Main Suspek : Sesiapa yg Terasa . haha!

Hello hello hello ?? wahh lama betul Cik Fabulous tak update blog ni .. Act, banyak benda yg Cik Fabulous nak share sampai tak tahu nk mula yg mana .. haha..

Ok seperti mana yg Cik Fabulous post title kat atas tu.. Cik Fabulous rasa, u'ouls dah bole agak apa yg Cik Fabulous nk share kn kn ?? ohh apa ada yg masih tak faham ? yela org sekarang ni agak 'slow'. huhu. siapa makan cili dye yg terasa pedas ye.. nasib Cik Fabulous tak makan cili, ala jaga kesihatan.. hihi ..

Entri kali ni memang Cik Fabulous nak tegaskan kepada blogger2 di luar sana atau pun mereka2 yg melawat blog org lain. Cik Fabulous memang rasa hairan dengan kaum melayu yg kurang faham dengan bahasa melayu..Jika dicakap dalam bahasa org putih dikata belagak, tapi bila dicakap bahasa melayu tak faham2. So, bahasa apa yg cik fabulous harus guna supaya korang faham ?? Jangan nk belagak jika u'ouls kata pada Cik Fabulous yg u'ouls belajar tinggi tapi daya pemikiran u'ouls mcm kanak2 yg baru masuk tadika atau ada yg daya pemikiran seperti murid khas yg Cik Fabulous didik ?? Tapi, bg Cik Fabulous daya pemikiran kanak2 tadika mahu pun budak2 khas Cik Fabulous maju kehadapan bukan mundur. Cik Fabulous bukan apa, cuma agak sedih dengan masyarakat sekarang. Cik Fabulous tidak mahu menjatuhkan sesiapa tapi seperti Cik Fabulous cakap tadi, siapa makan cili dye la terasa pedasss oii. Cuma disini Cik Fabulous kecewa dengan tindak kan sesetengah bloger yg hanya tahu judge laman blogweb org lain sedangkan beliau tidak tahu untuk siapakah blog itu ditulis. Adakah untuk anda ? untuk saya ? mahu pun untuk diri blogger itu sendiri ?? Sedangkan si pemilik blogger itu tidak mention namanya.. 

Baik la para blogger dan pelawat sekalian, disini Cik Fabulous nak cakap sikit mungkin bg penerangan tentang maksud bloger .. Blog atau dengan kata lain weblog adalah satu portal online yang digunakan untuk menyata pendapat peribadi mengenai pelbagai perkara. Blog akan sentiasa dikemaskini dalam bahasa omputih UPDATE pada setiap hari atau setiap minggu. If blogger tu seperti Cik Fabulous, mungkin ambil masa yang lama untuk berblog. Almaklum, Cik Fbulous kini semkin hot dn semakin busy : ) .. ohh sudah2. Sambung balik maksud blog ini. Manakala konsep blog pula adalah seakan sebuah diari harian atau peribadi. Dimana org dahulu yg buta IT menggunakan buku untuk mencatat sesebuah peristiwa yg terjadi pada dirinya. Tapi, tidak pada zaman yg serba moden ini kerana semuanya dihujung jari jika anda seorang yg celik IT dan faham dengan maksud orang lain. Tambahan pula blog ini sangat mudah diuruskan oleh sesiapa sahaja. Untuk berblogger, kita tidak menilai seseorang itu datang dari mana dan apa taraf nya kerana semua orang layak untuk berblogger kerana semua orang mempunyai hati dan perasaan. Bagaimana pun, syarat2 untuk berblogger anda seharusnya berfikiran luas dan matang..

Cik Fabulous juga ingin mengingatkan disini, remaja sekarang hanya pandai berkata liar tetapi tidak berani kehadapan. Itu bukan cara Cik Fabulous. Kalau setakat dalam web saja.Jelas anda silap menilai Cik Fabulous. Jika dilihat masa kini, remaja sekarang banyak mgaitkan perkara yg tidak sepatutnya dikaitkan. So, Cik Fabulous harap, berbekalkan ilmu didada dan taraf pendidikan kalian seharusnya kalian megerti apakah perlu campur tangan dalam urus orang lain jika ia tidak melibatkan anda. Jangan berkata besar dengan Cik Fabulous semata2 u'ouls belajar tinggi tetapi IQ sgt la lemah dan tidak berdaya memikir secara matang. 

Entri kali ini tidak ingin menjatuhkan sesiapa kerana Cik Fabulous dan kerabat Cik Fabulous tidak pernah menjatuhkan orang lain. Tetapi kamu makan cili kamu la yg terasa pedasnya..

tengss sebab susah2 melawat blog Cik Fabulous . 

p/s : Cik Fabulous myampah dengan orang yg suka cakap BESAR ... 


blogger hebat = )
Cik Fabulous~

Tuesday, February 9, 2010

renovation rumah baru ye..

oyea..oyea..oyea.. Suka nya !!! pasal pe suka sgt ni ?? haha. mak nk renovation rumah . naik 2 tingkat! seronoknya : ) alahai, yg tak seronok kena pack barang, kena pindah randah, kena mcm2 la.. msti penatkan ?? So, raya ni msti rumah baru.. Ada sape2 nk dtg raya ?? haha : ))

Tgk tu mak bukan main seronok berbual nk renovation rumah baru. Tgh plan nk buat cm mana dgn tukang ni . Riuh gamat dgr mereka berbual.. Tidur tak lena la mak nnt tak sabar nk tunggu rumah baru.. kiteorg ?? msti la lagi seronok ! rumah dah luas. nnt dah siap di renovation atau sedang di renovation akan aku update dlm belog if de masa. Yela, mgkin internet ni di terminate sementara. After 3 month ++ mgkin akn guna balik. Hope tak lama ubah suai dan berjalan dgn lancar  : )

love ;
aida_Fabulous

ternyata Ash suami org : (

Dah lama menyepi blog ni, bukan tak ada cerita menarik sepanjang hari... Ada, cuma masa je tak memberi ruang tuk aku berceloteh dpn komputer kesayangan ni. Mujur la hari ni aku ambil cuti, penat nya badan ! hari2 mcm tak ada rehat. Bukan kerja buat bangunan ke hape, cuma kerja biasa2 je. Penatnya sebab 6 hari bekerja 1 day time off. Off pun msti kena kerja, kdg2 dorang panggil dtg. Penat la, kita manusia bukan robot. Robot pun perlu rehat tau, kalau tidak dah rosak sistem wayar2 dlm badan dia. haha . Ni lagi satu, org lain weekends dah boleh santai2 ngan family tercinta kat rumah. AKU ? haha. berhempas pulas kerja. Hasilnya tidak la terlalu tinggi utk di banggakan. Tidak pula aku rasa untung saat kerja m'gila2 dgn byran yg ohh entah apa nk di katakan.. Bukan aku berkira, cuma fikirla, walau baik mcm mana pun aku dan majikan. Tapi tak boleh la baayr mcm tu. Penat kita mcm mana ?? siapa nk kira??  Ok la, story ber lori2 pun bukan korang boleh tolongkan ? tolong baca and tolong gelak je. huh !

Ni nk story satu hal lagi, masa mula2 masuk kerja dulu ada berkenan dgn cikgu lelaki ni. Konon cinta pandang pertama la ? wakaka. Geli je tau! Mula2 igt cikgu ni parents budak2 kat situ. Aleh2 tgk dia mgajar pula. Aduhh hensemnya asharudy ( nama cikgu ni ). Smart berpakaian T merah lagi. Senyuman dia ? alahai boleh buat hati gadis ni jatuh cair mcm ais la. hehe. So aku pula dgn cerdas nya selidik pasal cikgu ni dari sumber2 yg entah bole atau tidak di percayai. Aida la katakan ? apa je msti kena smpai lubang cacing. Selidik punya selidik, rupa2nya cikgu ni laki org .. hoho hancur la hati aku bila dpt tahu. tapi tak apa, nasib belum gila bayang, kalau tidak ?? haha tak tahu la pe jadi kat cikgu ni, kat isteri dia, atau kat aku ? Now hubungan aku antara Ash and isteri dia bole di katakan agak rapat la.. Hope aku tak mahu ada pape perasaan kat ash ni lagi. biar terkubur mcm tu je kan lebih baik .

Ehh tetiba teringat kat satu student ni nama nya solihin. Comel dan sgt pandai orgnya. hari2 dtg pun msti cari aku. Bukan cari sbb pe, cuma nk tgk aku ada atau tidak. Sihat ke sakit. Risau benar kalau tak nmpak muka aku yg comel loteh ni. haha. I love u solihin ! belajar rajin2 besar nnt boleh jadi org berguna. : )


syg ;
aida_Fabulous


Monday, January 4, 2010

2010
+
semakin sibuk
+
semakin penat
+
semakin gemok
+
semakin hot
+
semakin menawan
+
semakin perasan !
haha : ))

Tahun Baru kenangan lalu : )

Ehhh..dah lama juga aku tak update blog ni. Sedar tak sedar dah melangkah tahun baru rupanya kita ni . Berlalu sudah 2009 bersama semua kenangan2 silam. baik yg buruk, cantik mahupun huduh, best, hampeh dan segala nya la. 2009 mencatit segala macam cerita. bukankah kita seorang artis dan pelakon yg popular di muka bumi ini ?? bayangkan kita telah sedaya upaya bekerja keras selama 365 hari sepanjang siang dan malam. Penat tak ???! Hebat bukan kita sebenarnya ? Dan pasti pelbagai cerita yg terkandung sepanjang 365 hari tahun lalu .

Apa ye yg menarik sepanjang 2009 ??

semua pun menarik tak dapat nk di senaraikan. terlalu banyak dan terlalu indah . Hanya aku yg dapat bayangkan betapa indahnya hari2 berlalu, biarpun ada terselit kisah2 luka dan hitam. Itu semua asam garam dan hitam putih kehidupan. So amik ia sebagai satu iktibar untuk kehidupan yg lebih baik .

ohh ye, 2009 ?? seorang sahabat telah mendirikan rumah tangga ?? OMG dear ! sungguh kata2 mu zaman sekolah dulu benar ! aku ingat kau hanya berkata dusta. Tapi taka apa la, dah jodoh kau di usia muda, so tahniah di atas kebahgian yg kau kecapi. Doa ku agar mahligai yg terbina kekal hingga akhir hayat. Tapi dengar cite dah nk timang ank tak lama lagi. amboi cepatnya babe nk jadi hot mama ! moga dapat baby yg comel : )

P/S : maaf la, tak dapat hadir jemputan kenduri korang. busy sgt masa tu.Tapi de masa nnt aku melawat korang yg bakal menjadi ibu ayah ni  : )

kembali balik story kita tadi..

2010 bakal mencoret kenangan yg terindah dari yg sebelumnya, dapat bakal menjadi yg lebih berguna dari sebelumnya. malah lebih baik dari sebelum. dan pasti lebih cantik menawan biarpun usia makin meningkat tua ! (mcm tak percaya je)

P/S : hargai kehidupan kita selagi nyawa masih di kandung badan .



syg;
aida_Fabulous

Friday, December 18, 2009

Salam Maal Hijrah

Hijrah : Satu Paradigma Kehidupan.

Satu Muharam Detik Permulaan,
Penghijraan Tahun Islam Hijrah,
Perpindahan Nabi Dan Umat Islam,
Dari Kota Mekkah Ke Kota Madinah.

Asal Keyakinan Dan Iman Yang Teguh ,
Kaum Muhajirin Dan Ansar Bersatu,
Rela Berkorban Harta Dan Nyawa,
Demi Menegakkan Islam Tercinta..

Hijrah Itu Pengorbanan,
Hijrah Itu Perjuangan,
Hijrah Itu Persaudaraan,
Hijrah Memupuk Perpaduan...

Syukur Alhamdullilah, sudah tiba tahun baru Islam 1431 Hijrah. Petang semalam jika dilihat di kaca Tiv, media massa RTM telah menyiarkan siaran secara langsung dari Masjid Negara. Dimana ramai rakyat Islam, telah beramai2 berjemaah menunaikan solat dan membaca doa akhir tahun juga awal tahun.

Kini negara makin maju seiring dengan arus moden dan teknologi negara. Manusia makin maju kehadapan, makin mendalami erti kehidupan. Tetapi masih ada juga manusia yg tersasar jauh dari kehidupan mereka, yang jahil tentang semuanya, yang masih kabur dengan ertinya kehidupan. Ya ! Itulah manusia, tiada yang sempurna di sisi yang maha Pencipta, melainkan sempurnnya amal ibadah mereka.

Dunia seakan semakin hampir pada penghujungnya, rakyat semakin rosak akidahnya. Semakin ramai yang terjebak dengan arus dadah, kancah maksiat dan pengzinaan semakin berleluasa.. Manakala Kiamat semakin hampir dengan kita.

Kini, Hijrah datang lagi, kita masih bernafas dimuka bumi Tuhan yg maha Esa. Kita makin berani menghadapi pelbagai dugaan hidup. Ini lah Hijrah, satu peristiwa yang merupakan satu transformasi untuk semua umat Islam. Untuk megubah kehidupan yang lebih bermakna, yang lebih inovatif dan lebih berjaya.


AZAM ??!

Kini aku merasakan aku tidak perlu azam baru. Bukan aku mahu duduk di takuk lama. Bukan aku mahu sentiasa dibawah. Cuma, aku merasakan azam laluku tidak sepenuhnya aku tunaikan. Kamu dan Aku. Kita serupa, kita sama. tidak banyak yang berbeza. Kerna kita berdiri di bawah langit yang sama, kita dicipta dari Pencipta yang sama, kita sujud pada Tuhan yg sama. Cuma yang membedakan, jantina dan status kehidupan kita. Dan yang pasti amal ibadah kita juga jauh berbeda.

Hijrah perlukan pengorbanan untuk mendapatkan yang lebih baik.

Buat teman ..

semoga hijrah memberi seribu makna buat diri anda, semoga kehidupan anda dipayungi rahmat dan kasih sayang yg maha Esa. Dan yang pasti anda akan terus mencorak langkah untuk terus menjadi insan yang sempurna.

P/S : aku bukan sahaja mengingatkan diri kalian. tetapi untuk diri aku juga. Andai diri aku terlanjur perbuatan dan kata2, aku tak kisah kalau kalian mengingatkan aku dengan kebesaran yang maha Pencipta. : )

syg ;
aida_Fabulous.